Sungguh Manis Nora Danish memakai tudung ketika melawat Kelantan baru baru ini. Agak respek kerana resmi adat setempat bak kata pergi kandang kambing mengembek pergi ke kandang harimau mengaum.Kalau Istiqamah teruskan bertudung lagi manis....
Gempar! Kemunculan Api Misteri Tanda Kiamat? (Foto+Video) | Hari kiamat
itu pasti, namun bilakah ia berlaku itu menjadi rahsia Allah SWT. Oleh
kerana itulah kita perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan hari kiamat
kerana pada ketika itulah pintu taubat sudah tertutup. Pada hari ini
juga sudah banyak tanda-tanda hari kiamat jelas kita lihat. Baru-baru
ini, Penduduk yang tinggal di kawasan al-Salam, Kota al-Hodaidah di Yaman gempar dan panik apabila api dipercayai dari dalam perut bumi muncul di kawasan mereka. Ada yang menganggap kemunculan api misteri itu tanda bermulanya hari kiamat. Anda boleh tonton video di atas ini.
Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu (bermula 7 Jun), secara tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar dari perut bumi.
Kemudian wujud retakan yang memperlihatkan api dari dalam tanah muncul. Apa yang berlaku itu adalah peringatan yang sudah diberi tahu lebih awal;
Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18)
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46)
Telah dekat kepada manusia hari
menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian
lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari
RA, berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu
sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu
perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari
kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.
Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap,
Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa
bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di
timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir
sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau
manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)