Rabu, 3 Julai 2013

Akibat Mencuri ....Kan dah Sangkut

Ngeri 18SX – Inilah Akibat Mencuri Tak Bagi Salam | Ini nasib malang yang di alami oleh seorang pencuri. Setelah si pencuri sedar yang tuan rumah mengetahui bahawa rumahnya telah dipecah masuk, pencuri ini cuba untuk melarikan diri. Namun, bak kata pepatah Melayu Boleh malang tidak berbau, ketika cuba melarikan diri, dia cuba untuk memanjat pagar. tetapi mungkin terlalu menggelabah yang amat sangat-sangat hajat beliau nampaknya tidak kesampaian. bak kata pepatah melayu boleh lagi, ibarat melukut ditepi parit belakang rumah.
Pagar yang runcing dan tajam itu telah mencucuk bahagian punggung lelaki tersebut. Beruntung dia tidak dibiarkan mati di tempat tersebut, beberapa orang datang menyelamatkannya.




Selasa, 25 Jun 2013

Nora Danish Bertudung -----Comei lagi dari Gwiyomi

Nora Danish Pakai Tudung


Sungguh Manis Nora Danish memakai tudung ketika melawat Kelantan baru baru ini. Agak respek kerana resmi adat setempat bak kata pergi kandang kambing mengembek pergi ke kandang harimau mengaum.Kalau Istiqamah teruskan bertudung lagi manis....





Isnin, 24 Jun 2013

Kemunculan Api Misteri Di Yaman

Gempar! Kemunculan Api Misteri Tanda Kiamat? (Foto+Video) | Hari kiamat itu pasti, namun bilakah ia berlaku itu menjadi rahsia Allah SWT. Oleh kerana itulah kita perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan hari kiamat kerana pada ketika itulah pintu taubat sudah tertutup. Pada hari ini juga sudah banyak tanda-tanda hari kiamat jelas kita lihat. Baru-baru ini, Penduduk yang tinggal di kawasan al-Salam, Kota al-Hodaidah di Yaman gempar dan panik apabila api dipercayai dari dalam perut bumi muncul di kawasan mereka. Ada yang menganggap kemunculan api misteri itu tanda bermulanya hari kiamat. Anda boleh tonton video di atas ini.

Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu (bermula 7 Jun), secara tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar dari perut bumi.
Kemudian wujud retakan yang memperlihatkan api dari dalam tanah muncul. Apa yang berlaku itu adalah peringatan yang sudah diberi tahu lebih awal;
Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18)
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46)
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari RA, berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.
Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)